Posts

23 soalan lazim yang ramai tanya tentang loan rumah

23 soalan lazim yang ramai tanya tentang loan rumah (Siri #1) BroHartanah |  January 24, 2021  |  Featured ,  Tips Kewangan Apa perkara yang kita akan buat kalau tak tahu tentang sesebuah perkara? Dah tentu kita akan bertanya, betul tak? Kalau malu bertanya, kita akan sesat jalan. Dan jalan tu, boleh jadi macam-macam benda. Dan hari ni, kita akan fokus tentang  loan  rumah. BroHartanah kumpulkan 23 soalan biasa yang ramai orang tanya tentang ini. Untuk pembeli rumah pertama, BroHartanah wajibkan korang baca. Jemput hadamkan perkongsian yang BroHartanah baca ni. #1 : Berapa harga rumah yang saya mampu tanggung? Ini bergantung kat jumlah pendapatan dan tanggungan korang. Nah, BroHartanah kongsikan satu  rule of thumb  (kebiasaan) untuk memudahkan korang. Kebanyakan orang akan membeli rumah yang berharga 1.5 hingga 2.5 kali ganda daripada pendapatan tahunan mereka. Sebagai contoh, katakan si A ada pendapatan sebanyak RM40,000 setahun (RM3,333.33 sebu...

Permohonan i-Sinar dalam talian dibuka bermula 21 Disember 2020

Image
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  ingin mengumumkan kriteria dan butiran kemudahan i-Sinar yang kini dibuka kepada sehingga 8 juta ahli yang layak. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut: Kategori 1 Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji. Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut: 1. Ahli yang  tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan;  ATAU 2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami  pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020. Bagi kategori ini: Tiada dokumen sokongan diperlukan; Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP; Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui  isinar.kwsp.gov.my  mulai  21 Disember 2020. Pembayaran untuk ahli yang layak ...

Orang yang nak beli rumah pertama patut hadam 11 tip ini. Gerenti duit anda tak lebur

Image
BroHartanah yakin korang tak nak rugi bila melabur dalam hartanah, kan? Kalau tak nak perkara ni terjadi, wajib sediakan dulu diri awal-awal dengan ilmu. Macam yang Tuan  Mohd Fadhli Mohd Fauzi  kongsikan kat dinding Facebook beliau ni. Dah habis baca, terus amalkan. Baru berkurang risiko kerugian kita nanti. Nak ke duit deposit anda hangus, atau rumah tergadai?  Beli rumah kena ada strategi kerana deposit bukan senang nak dikumpul, malah rumah ini aset yang nak dipegang lama.  Kalau tersilap langkah, deposit boleh hangus, malah rumah pun boleh terlelong. Tag dan share kepada kenalan jika bermanfaat.  Tip #1: Sentiasa cari rumah bawah nilai pasaran “Untung ketika membeli, tanpa perlu tunggu saat menjual”.  Dengan membeli unit bawah nilai pasaran, jumlah deposit dapat diminimakan, dan bayaran ansuran bulanan juga dapat dikurangkan,  Tak cukup dengan itu, siap boleh bersaing dengan rumah sewa di sekitar (kalau korang nak sewakan) dengan  cashflow ...

Apa maksud Serahan Milikan Kosong atau Vacant Possession (VP) bagi hartanah kediaman di Malaysia?

Image
Apa maksud Serahan Milikan Kosong atau Vacant Possession (VP) bagi hartanah kediaman di Malaysia? Stephanie Choong 07 NOV 2019 Setiap pembeli rumah pasti ternanti-nanti saat untuk menerima kunci rumah baru mereka. Ini adalah segala yang anda perlu tahu tentang proses serahan hartanah, yang juga dikenali sebagai serahan Milikan Kosong. © Torwai Suebsri | 123rf Istilah ringkasnya, serahan VP bermaksud rumah yang kosong dan apa-apa kelengkapan dan perabot lain yang disenaraikan dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) diberikan kepada pembeli rumah selepas transaksi pembelian rumah tersebut selesai. Serahan milikan kosong untuk sesebuah hartanah primer bergantung kepada jenis rumah tersebut – di bawah Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989, pemaju perumahan dikehendaki menyerahkan milikan kosong untuk rumah atas tanah, dengan hak milik individu dalam tempoh 24 bulan manakala dalam tempoh 36 bulan jika ia jenis  hartanah hak milik strata . Hak milik strata termasukl...

MORATORIUM dah berakhir. Ada ke jalan keluar bagi yang kesempitan kewangan?

Image
Hati BroHartanah risau bila memikirkan tempoh moratorium yang dah berakhir. Bukan sedikit Tok baca kes orang kehilangan kerja malah gaji kena potong. Berdasarkan   statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)  setakat 10 September lalu, seramai 79,737 orang hilang pekerjaan bagi tahun ini. Waktu yang sulit ini memang adakalanya kita tak nampak jalan keluar.  It’s okay not to be okay.   Kalau korang antara salah seorang yang terkesan dari segi kewangan, jemput baca perkongsian BroHartanah kali ni sampai habis. BroHartanah akan kongsikan cara untuk ringankan beban kewangan korang dan cara – cara untuk korang extend moratorium.  Memetik kenyataan rasmi  Bank Negara Malaysia (BNM)  berkenaan moratorium ini, institusi perbankan telah memperkenalkan pelbagai pakej untuk membantu peminjam yang terjejas. Pakej ini termasuk pelanjutan moratorium secara bersasar serta fleksibiliti bayaran balik pinjaman  bagi membantu pe...