Posts

Showing posts from December, 2019

Magic Pelepasan Cukai 2019 (yang ramai tak tahu)

Image
Pelepasan cukai (atau ‘ tax relief’ ) adalah usaha LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), di mana pembayar cukai boleh dapatkan pelepasan untuk sesebuah amaun yang dibelanjakan dalam tahun taksiran.  Jumlah ini ditentukan daripada jumlah pendapatan yang korang dapat setiap tahun. Lebih tepat lagi, mereka yang bergaji lebih RM34,000 setahun.  Dengan pelepasan cukai ini, korang akan dapat kurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar untuk tahun 2019. Tapi, apa jenis pelepasan cukai yang korang boleh dapatkan?  Ini yang Bro akan kongsikan pada hari ini. Jemput hadamkan laju-laju kalau korang serius nak tahu.  Lebih banyak anda  claim,  lebih banyak pelepasan anda bakal dapat? Untuk yang bergaji RM34,000 setahun, ada kemungkinan yang korang terlebih bayar cukai pendapatan daripada sepatutnya.  Sebab tu, ada mekanisma pelepasan cukai ini – supaya kerajaan dapat pulangkan balik lebihan cukai yang dibayar.  Lebih banyak yang korang  claim...

Gaji Biasa jer tapi nak beli rumah? 9 Tip Power untuk siapa nak beli rumah

Image
“Apa masalah utama untuk orang bergaji kecil yang nak beli rumah?” Antara alasan yang paling ramai orang pakai adalah kekangan kat bahagian kewangan, dan tak tahu asas beli rumah pertama yang betul. Bro percaya. Kalau korang komited ubah nasib dan berusaha cari ilmu yang betul, senang-senang je korang boleh beli rumah. Dan ini hari bertuah buat korang semua. Nah, hadamkan laju-laju perkongsian Tuan Amir Syahir yang bermanfaat ini. Tak kenal, maka tak cinta? Dulu, sebelum aku ada ilmu tentang hartanah ni, mulanya aku fikir orang beli rumah banyak-banyak ni tamak lah. Tak kesian kat orang ke. Dasar kapitalis. Bagi aku, biarlah orang Melayu banyak yang jadi pemilik rumah. Senang nak kawtim kalau dorang nak jual rumah nanti. Kalau dorang jadi tuan rumah pun ada timbang rasa. Tak naikkan kadar sewa rumah sesuka hati setiap tahun kan. Aku pun belajarlah, join seminar, beli buku, baca ebook. Baca bahan bacaan percuma di FB, blog dan web. ...

9 sebab kenapa bank reject loan rumah korang

Image
9 sebab bank reject loan rumah anda   Siapa tak sakit hati bila bank reject permohonan loan rumah? Tapi, bukan semuanya 100% salah bank. Kebanyakan masa, pemohon sendiri yang tak cukup bersedia. Ada sesetengah kes, dokumen yang diperlukan tak cukup. Ada juga yang tak layak memohon sebab DSR burst, atau CCRIS tak cun. Apa pun sebabnya, wajib korang tahu apa sebab biasa bank menolak permohonan loan rumah korang tu. Nah, Bro kongsikan 9 sebab popular ini untuk korang hadamkan. Bro dapat maklumat power ni kat blog Gila Hartanah. #1 : Pemaju (atau penjual) bankrap pun, punca loan kena reject? Bank akan periksa sama ada penjual (atau pemaju) tu diisytiharkan bankrap, atau di bawah sebarang tindakan undang-undang (legal proceedings), dengan menggunakan CTOS. Dan kalau penjual atau pemaju bankrap, sebarang urusan jual beli hartanah tak dapat dilaksanakan di bawah Undang-Undang Malaysia. Sebelum korang beli rumah dekat mana-mana pemaju (atau penjua...