5 tempat makan menarik di Sepang
Korang ada plan nak pergi ke Sepang namun masih tak tahu nak makan kat mana? Kali ni, BroHartanah nak kongsikan 5 tempat makan menarik di Sepang yang korang boleh singgah. Bila sebut je pasal Sepang, mesti Litar Antarabangsa Sepang terbayang di minda kita kan? Selain daripada itu, ada tempat makan yang menarik yang kita boleh singgah. Harga kat tempat makan yang Tok bakal cadangkan ni pun, berpatutan. Sesuai dengan poket marhen macam kita ni. Jom baca artikel ni sampai habis. Port makan #1: Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh Kalau korang jenis selera masakan kampung macam BroHartanah, korang wajib singgah di Restoren Nasi Padang Minang Batang Kapeh ini. Ada pelbagai lauk-pauk dihidangkan. Yang paling disukai ramai adalah ikan bakar. Ikan bakar di restoran ni cukup sedap. Isi ikannya juicy dan segar. Cicah bersama sambal kicap, memang padu rasanya. Selain daripada ikan bakar, korang juga boleh cuba menu ayam bakar, siput sedut m...