Orang yang nak beli rumah pertama patut hadam 11 tip ini. Gerenti duit anda tak lebur
BroHartanah yakin korang tak nak rugi bila melabur dalam hartanah, kan? Kalau tak nak perkara ni terjadi, wajib sediakan dulu diri awal-awal dengan ilmu. Macam yang Tuan Mohd Fadhli Mohd Fauzi kongsikan kat dinding Facebook beliau ni. Dah habis baca, terus amalkan. Baru berkurang risiko kerugian kita nanti. Nak ke duit deposit anda hangus, atau rumah tergadai? Beli rumah kena ada strategi kerana deposit bukan senang nak dikumpul, malah rumah ini aset yang nak dipegang lama. Kalau tersilap langkah, deposit boleh hangus, malah rumah pun boleh terlelong. Tag dan share kepada kenalan jika bermanfaat. Tip #1: Sentiasa cari rumah bawah nilai pasaran “Untung ketika membeli, tanpa perlu tunggu saat menjual”. Dengan membeli unit bawah nilai pasaran, jumlah deposit dapat diminimakan, dan bayaran ansuran bulanan juga dapat dikurangkan, Tak cukup dengan itu, siap boleh bersaing dengan rumah sewa di sekitar (kalau korang nak sewakan) dengan cashflow ...