Posts

Showing posts from August, 2020

Loan Rumah senang lulus kalau korang tahu benda ni

Image
Susah juga kalau tak pernah buat sebarang hutang. Kalau korang tergolong dalam kategori ni, bersiap sedia untuk uruskan rasa kecewa bila bank menolak permohonan pinjaman rumah. Dan kenapa boleh jadi macam ni? Jom kita hadamkan bersama perkongsian ilmu Tuan Amir Syahir pasal ni. In Shaa Allah, lepas ni tentu korang dah tahu nak buat apa. Kenapa yang tak berhutang pula yang susah nak lulus loan?  Korang mesti pelik kan. Tak ada hutang la bagus. Tak logik betul pembiayaan perumahan pertama ditolak sebab tak pernah berhutang. Mengarut. Apa rasionalnya bank nak kita berhutang terlebih dulu, ataupun cipta laporan CCRIS dulu? Bank nak tengok kemampuan kita bayar balik hutang tersebut. Kemampuan kita menjadi pembayar hutang. Bank nak tengok karektor kita. Adakah kita culas ataupun tak untuk bayar balik pinjaman. Ya lah. Bank nak bagi pinjam bukan seribu dua. Tapi beratus ribu. Tempoh bayar balik bukan setahun dua macam korang main kutu tu. Tapi tempoh panjang (selama 30-35 tahun). Untuk ru...

Top 10 Lokasi Bagi Rumah Teres Bernilai Lebih RM1 Juta Di Selangor Tahun 2020

Image
Top 10 Lokasi Bagi Rumah Teres Bernilai Lebih RM1 Juta Di Selangor Tahun 2020 Pada masa kini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih mengadu kerana harga rumah yang mahal dan semakin meningkat. Walaupun bekalan rumah dengan harga mampu milik dikatakan tidak memenuhi permintaan semasa, sebenarnya masih terdapat satu segmen aktif di dalam pasaran hartanah yang melibatkan transaksi jual beli rumah yang bernilai lebih RM1juta! Golongan yang terlibat di dalam segmen ini masih mampu membeli rumah yang ditawarkan pada harga tersebut. Berdasarkan data dari kajian yang dilakukan, harga median bagi rumah jenis teres di seluruh negeri Selangor adalah RM1,205.000. (Harga median di sini bermaksud harga di kedudukan tengah dari keseluruhan senarai.) Manakala harga median bagi psf pula adalah 595psf. Team Radar Hartanah oleh Pejuang Hartanah kali ini telah melakukan analisa untuk melihat top 10 lokasi rumah teres (berdasarkan transaksi jual beli) yang bernilai antara lebih RM1 juta hingga RM...

Panduan lengkap Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA) untuk penjawat awam

Image
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pinjaman perumahan untuk penjawat awam.  Sekiranya anda bekerja dalam sektor awam dan ingin membeli rumah, jangan terlepas peluang keemasan ini!  © jamesteohart/ 123RF Memilik rumah sendiri adalah impian setiap insan tetapi harga rumah yang semakin mahal merumitkan lagi proses untuk mendapatkan kediamaan dan pembiayaan yang sesuai dengan pendapatan anda. Bagi penjawat awam, pembiayaan perumahan melalui LPPSA ini mungkin tidak asing lagi. Badan berkanun ini bertindak untuk menguruskan kemudahan  pembiayaan perumahan  untuk penjawat awam yang masih belum mempunyai kediaman sendiri.LPPSA telah berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016 dan sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia. Jika anda seorang penjawat awam dan bercadang unutk membeli kediaman sendiri, pinjaman perumahan melalui LP...