Jangan Beli Rumah 'Undercon' Selagi tak Kaji 5 Perkara ni
Siapa yang tak suka dapat benda baru? Tambah-tambah lagi kalau kita bercakap pasal rumah. Kalau mampu, mesti korang tak teragak-agak untuk pilih dan beli rumah baru. Dan kita wajib pastikan setiap pembelian yang dibuat, buat untung. Bukan semata-mata buat untung masa jual balik rumah tu je. Tapi, apa benda yang kita perlu tengok untuk pastikan kita sentiasa buat untung semasa membeli? Jangan risau sebab korang ada kat tempat yang betul. Hadamkan nukilan ilmu RJ ini sekarang. Apa kelebihan dan kekurangan rumah undercon yang anda patut tahu? Rumah under construction ( undercon ) atau rumah dalam pembinaan sama juga macam rumah yang lain. Ada kelebihan dan juga kekurangan yang tersendiri. Secara mudah, bawah ni antara faktor-faktor yang wajib kita ambil kira sebelum membeli rumah undercon : Status dan track record pemaju, Harga rumah yang kita nak beli, Tahu berapa lama projek tu akan siap, Jenis-jenis kemudahan yang d...