BNM turunkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas kepada 1.75% - Projek Perumahan Selangor
BNM turunkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas kepada 1.75% BroHartanah | Jul 7, 2020 | Berita Terkini Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 1.75 peratus. Berikutan itu, kadar tertinggi dan terendah OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.00 peratus dan 1.50 peratus. Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang ketara ke atas ekonomi global. Keadaan ekonomi global terus lemah dengan pertumbuhan global diunjurkan negatif pada tahun ini. Walaupun paras terendah dijangka berlaku pada suku kedua, kelemahan yang menyeluruh dalam pasaran pekerja dan sikap isi rumah dan perniagaan yang berhati-hati boleh menjejaskan pemulihan pada masa depan. Beberapa ekonomi utama telah mula melonggarkan langkah-langkah pembendungan pandemik COVID-19 yang membawa kepada penyambungan semula aktiviti ekonomi secara berans...