Posts

Showing posts from October, 2019

15 Tips Membeli Rumah

Image
15 Tips Membeli Rumah Pertama Anda Semua orang mahu rumah sendiri. Namun awas, pastikan kita membelinya secara rasional. Maklumlah pembelian rumah adalah pembelian yang paling besar dalam hidup bagi kebanyakan orang. Walaupun kita mahu rumah sendiri, tidak bermaksud kita perlu sampai bergolok gadai. Tips # 1 Pastikan Ada Pendapatan Tetap Orang yang mampu beli rumah tunai dapat dikira dengan jari. Jadi, suka tidak suka kita perlu berhutang dengan bank sehingga 20-30 tahun. Kepada yang bekerja makan gaji, hal ini lebih mudah. Kepada yang buat bisnes sendiri ini panduan asas: Daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bukan akaun bank atas nama perniagaan tersebut. Pendapatan perniagaan dimasukkan dalam akaun tersebut. Pendapatan dari akaun peribadi sebagai dokumen sokongan (jika ada) Jika ada bayar EPF, cukai itu semua dapat dijadikan dokumen sokongan. Kalau masih pelajar, suri rumah, penggangur terhormat tapi ada duit banyak dalam bank ?...

CARA KIRA PINJAMAN PERUMAHAN

Kenapa penting Debt Service Ratio (DSR)? Tak pasti anda semua tahu apa itu DSR dan kenapa perlu tahu. Debt Service Ratio adalah tahap kemampuan untuk meminjam loan bank DSR menjadi perkara penting apabila anda berhajat nak membeli rumah. Membeli rumah dengan pembiayaan bank. Semestinya setiap bank melihat kemampuan anda bagi membuat bayaran balik pembiayaan yang diberikan. Kemampuan Pembiayaan Anda Diukur Dengan DSR Rata-rata ramai yang maklumkan tidak dapat beli rumah kerana komitmen tinggi. Atau tidak dapat pembiayaan maksimum bagi rumah yang dibeli. Sebagai contoh rumah berharga RM500,000 tetapi bank boleh bagi pembiayaan sehingga RM 400,000 sahaja. Bagi yang nak  refinance rumah  bagi dapatkan wang tunai atau  satu hutang-hutang jahat  pun hampa kerana gagal mendapatkan kelulusan bank. Ayat standard banker adalah komitmen tinggi. Di sini pentingnya DSR. Komitmen tinggi bermaksud peratusan DSR anda adalah tinggi. Setiap bank mempunyai peratusan DS...