Langkah mudah dapatkan laporan CCRIS tanpa keluar rumah.
Orang yang menetap kat Kuala Lumpur berkongsi satu masalah dan dilema yang sama. “Malas aku nak keluar. Nak hadap traffic jam, kos minyak, dengan nak tanggung tol lagi.” Lagi-lagi nak singgah kat Bank Negara untuk dapatkan laporan CCRIS. Tak apa. BroHartanah ada kongsikan cara yang 100% jimatkan minyak kereta korang. Cuma kena ada Internet dan laptop (atau smartphone ) saja. CCRIS – Apa yang anda perlu tahu CCRIS ( Central Credit Reference Information System ) adalah rekod pinjaman daripada institusi kewangan seperti pembiayaan kereta, kad kredit atau pinjaman peribadi yang kita buat. Laporan CCRIS hanya memaparkan tempoh masa pembayaran 12 bulan yang lepas. Jadi, kalau ada satu bulan yang korang terlepas bayar, kena cepat-cepat bayar supaya laporan CCRIS korang suci bersih dan ada nombor 0 sahaja. Ia bererti tiada tunggakan bayaran. Kalau ada nombor 2, bermakna 2 bulan la kau orang terlepas bayar. Bayaran balik mestilah dengan jumlah yang tepat dan pad...