5 Bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan B40 & M40
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai bantuan segera bagi menangani impak COVID-19. © Anadolu Agency/ GettyImages Tanggal 27 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM 250 bilion yang akan memberikan manfaat kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan B40 dan M40. Pakej rangsangan segera itu diumumkan bagi menangani impak COVID-19 termasuk menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/ SME. Pakej yang diumumkan telah disambut baik oleh pelbagai pihak sehingga kisah Makcik Kiah menjadi tular di pelbagai media sosial. Apa yang ditekankan oleh Perdana Menteri ialah ianya bertujuan untuk meringankan beban semua pihak tanpa ada yang tercicir. 1. Apa itu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)? PRIHATIN merupakan sti...