5 Bantuan yang boleh dimanfaatkan oleh golongan B40 & M40
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebagai bantuan segera bagi menangani impak COVID-19.

© Anadolu Agency/ GettyImages
Tanggal 27 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM 250 bilion yang akan memberikan manfaat kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan B40 dan M40.
Pakej rangsangan segera itu diumumkan bagi menangani impak COVID-19 termasuk menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/ SME. Pakej yang diumumkan telah disambut baik oleh pelbagai pihak sehingga kisah Makcik Kiah menjadi tular di pelbagai media sosial. Apa yang ditekankan oleh Perdana Menteri ialah ianya bertujuan untuk meringankan beban semua pihak tanpa ada yang tercicir.
PRIHATIN merupakan stimulus yang diumumkan oleh kerajaan bagi membendung impak penularan COVID-19. Pakej ini bertujuan untuk memberi bantuan segera untuk segenap lapisan masyarakat, terutamanya bagi mereka yang terkesan dengan beban tanggungan dan terjejas dari segi sumber pendapatan.
Kerajaan memainkan peranan penting bagi memastikan ekonomi negara terus rancak walaupun negara sedang berdepan dengan wabak COVID-19. Langkah segera diambil melalui polisi pengembangan fiskal dan kewangan bagi memastikan kecairan tunai dan juga turut meningkatkan kuasa beli masyarakat.
2. Apa itu golongan B40 dan M40?
Berdasarkan Kaji Selidik Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah bagi tahun 2019 oleh Jabatan Standard Malaysia, golongan B40 dikenali sebagai Bottom 40 manakala golongan M40 dikenali sebagai Middle 40.
B40
B40 merupakan kumpulan isi rumah terendah yang berpendapatan isi rumah dengan purata bulanan di bawah RM 4,360.00. Hampir 40% penduduk di Malaysia terdiri daripada golongan ini.
M40
Golongan M40 ataupun dikenali sebagai Middle 40 berpendapatan isi rumah secara purata sebanyak RM 4,360.00 sehingga RM 9,619.00, dan juga merangkumi hampir 40% penduduk .
3. Insentif PRIHATIN untuk B40 dan M40
Janganlah berasa iri hati dengan golongan yang banyak mendapat manfaat terutamanya golongan B40. Ini kerana kita mungkin masih mendiami rumah yang selesa dan makanan masih tersedia di atas meja sedangkan mereka belum tentu ada apa yang kita ada.
Tidak hanya tertumpu kepada golongan B40, bantuan ini juga turut disalurkan kepada golongan M40. Antara insentif utama yang bakal dinikmati oleh kedua-dua kelompok ini ialah:
Bantuan tunai
- Bantuan tunai sebanyak RM 1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM 4,000 dan ke bawah.
- Bantuan tunai sebanyak RM 1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah berpendapatan lebih RM 4,000 hingga RM 8,000.
- Bayaran akan dibuat secara berperingkat pada bulan April dan Mei 2020.
Bantuan Sara Hidup (BSH)
Baki pemberian tunai bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM 3.2 bilion
Comments
Post a Comment