Senarai Kadar Faedah Pinjaman BR & BLR terbaru dari Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia baru-baru ini menurunkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate atau OPR) untuk kali ketiga pada 2020 sebanyak 50 mata asas kepada 2.0% akibat wabak Coronavirus.

bank-malaysia-BLR-base-rate

© Dmitry Chulov/ 123RF

Perubahan dalam OPR seperti pemotongan OPR baru-baru ini pada 5 Mei 2020 akan mencetuskan kesan berangkai yang mempengaruhi pelbagai kadar pinjaman yang ditawarkan oleh bank kepada pengguna termasuk kadar faedah jangka pendek, kadar deposit tetap dan kadar asas (Base Rate atau BR) serta kadar pinjaman asas (Base Lending Rate atau BLR).

Maka, penurunan OPR bermakna kos peminjaman kini lebih rendah untuk bank manakala bagi pengguna pula, ansuran bulanan yang lebih murah. Manakala, kenaikan OPR akan mengakibatkan yang sebaliknya iaitu kos pinjaman yang lebih tinggi.

Baru-baru ini kami ada menjelaskan mengenai Kadar Asas dan Kadar Pinjaman Asas dalam artikel di bawah. Ketahui bagaimana angka ini mempengaruhi pinjaman perumahan dan persiapan yang boleh anda buat sebelum mengambil pembiayaan perumahan ini:

Menurut rangka kerja Kadar Rujukan Bank Negara Malaysia (BNM), berkenaan harga pinjaman perumahan/pembiayaan berbanding BR, bank di Malaysia dikehendaki menunjukkan Kadar Pembiayaan Efektif Indikatif bagi produk pembiayaan atau pinjaman perumahan standard untuk pengguna di kesemua cawangan dan laman web.

Produk pinjaman perumahan standard merujuk kepada kemudahan pinjaman dengan amaun pembiayaan sebanyak RM350,000 untuk 30 tahun tanpa tempoh terkunci.

Senarai di bawah merupakan yang terkini daripada BNM setakat 15 Mei 2020 dan menunjukkan Kadar Asas, Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Efektif Indikatif bagi setiap bank di Malaysia.

Institusi KewanganKadar Asas (%)Kadar Pinjaman Asas (%) Kadar Pembiayaan Efektif Indikatif* (%) 
Affin Bank 2.955.813.50
Alliance Bank 2.825.673.36
AmBank 2.855.7o3.50
Bangkok Bank Berhad 3.47 6.124.67
Bank of China (Malaysia) Berhad2.805.603.80
CIMB Bank Berhad3.00 5.853.75
Citibank Berhad2.655.803.45
Hong Leong Bank Malaysia Berhad2.88 5.893.75
HSBC Bank Malaysia Berhad2.645.743.75
Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad2.77 5.703.72
Malayan Banking Berhad2.005.653.50
OCBC Bank (Malaysia) Berhad2.835.763.70
Public Bank Berhad2.52 5.723.35
RHB Bank Berhad2.755.703.75
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad2.525.703.75
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.2.865.823.61

Manakala, di sini adalah kadar BR, BLR dan ELR terkini untuk pembiayaan rumah islamik – Kadar Pembiayaan Asas (Base Financing Rate atau BFR) pula sama dengan BLR, cuma digunakan untuk produk pinjaman Islamik.

Institusi KewanganKadar Asas (%)Kadar Pinjaman Asas (%) Kadar Pembiayaan Efektif Indikatif* (%) 
Affin Islamic Bank Berhad2.955.813.50
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad3.106.00 4.45
Alliance Islamic Bank Berhad2.825.67 3.36
AmBank Islamic Berhad2.855.7o3.50
Bank Islam Malaysia Berhad2.775.72 3.50
Bank Muamalat Malaysia Berhad2.81 5.813.81
CIMB Islamic Bank Berhad3.005.853.75
Hong Leong Islamic Bank Berhad2.88 5.89 3.60
HSBC Amanah Malaysia Berhad2.645.743.75
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad 2.50 6.39 3.80
Maybank Islamic Berhad2.00 5.65 3.50
MBSB Bank Berhad2.905.753.45
OCBC Al-Amin Bank Berhad2.835.763.70
Public Islamic Bank Berhad2.52 5.72 3.35
RHB Islamic Bank Berhad2.755.70 3.75
Standard Chartered Saadiq Berhad2.525.703.75
Institusi Kewangan PembangunanKadar Asas (%)Kadar Pinjaman Asas (%) Kadar Pembiayaan Efektif Indikatif* (%) 
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad3.356.334.15
Bank Pertanian Malaysia Berhad
(Agrobank)
 2.602.75
Bank Simpanan Nasional (BSN)2.855.6o3.45

Sumber: Bank Negara Malaysia (Setakat 15 Mei 2020

Comments

Popular posts from this blog

Apa maksud Serahan Milikan Kosong atau Vacant Possession (VP) bagi hartanah kediaman di Malaysia?

5 tempat makan menarik di Sepang

23 soalan lazim yang ramai tanya tentang loan rumah