Magic Pelepasan Cukai 2019 (yang ramai tak tahu)
Pelepasan
cukai (atau ‘tax relief’) adalah usaha LHDN (Lembaga Hasil Dalam
Negeri), di mana pembayar cukai boleh dapatkan pelepasan untuk sesebuah amaun
yang dibelanjakan dalam tahun taksiran.
Jumlah
ini ditentukan daripada jumlah pendapatan yang korang dapat setiap tahun. Lebih
tepat lagi, mereka yang bergaji lebih RM34,000 setahun.
Dengan
pelepasan cukai ini, korang akan dapat kurangkan jumlah cukai yang perlu
dibayar untuk tahun 2019. Tapi, apa jenis pelepasan cukai yang korang boleh
dapatkan?
Ini
yang Bro akan kongsikan pada hari ini. Jemput hadamkan laju-laju kalau korang
serius nak tahu.
Lebih
banyak anda claim, lebih banyak pelepasan anda bakal dapat?
Untuk
yang bergaji RM34,000 setahun, ada kemungkinan yang korang terlebih bayar cukai
pendapatan daripada sepatutnya.
Sebab
tu, ada mekanisma pelepasan cukai ini – supaya kerajaan dapat pulangkan balik
lebihan cukai yang dibayar.
Lebih
banyak yang korang claim, lebih tinggi pelepasan cukai yang korang
akan dapat.
Dan
yang lebih best, kerajaan juga ada umumkan pelepasan cukai
gaya hidup (lifestyle) pada Bajet 2017 yang lepas. Kalau korang
beli smartphone, laptop, tablet, atau melanggan Internet, korang
layak dapatkan pelepasan cukai untuk semua ini.
Untuk
tahun taksiran 2019, ini pelepasan cukai yang korang layak dapatkan:
#1:
Pelepasan cukai gaya hidup (lifestyle)
Untuk
setiap pembelian item di bawah, korang layak dapat pelepasan cukai
sebanyak maksimum RM2,500:
- Pembelian
buku, jurnal, majalah, surat khabar, dan apa-apa jenis penerbitan (tidak
termasuk bacaan yang dilarang) untuk kegunaan sendiri, pasangan, atau
anak-anak,
- Pembelian
komputer peribadi, smartphone, tablet untuk kegunaan
sendiri, pasangan, atau anak-anak,
- Pembelian
barangan sukan, tanpa mengira apa jenis sukan (yang termaktub dalam Sport
Development Act 1997, kecuali basikal 2-roda bermotor) dan keahlian gim
untuk diri sendiri, pasangan, atau anak-anak,
- Bayaran
bil bulanan untuk langganan internet (seperti UNIFI, Time, dan
sebagainya).
#2:
Pelepasan untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)
Dalam
Bajet 2019 yang lepas, kerajaan naikkan pelepasan cukai maksimum dari
RM6,000 ke RM8,000 daripada jumlah bersih yang didepositkan dalam SSPN-i (jumlah
deposit sewaktu tahun taksiran – jumlah pengeluaran pada tahun yang sama).
Cuma,
benda ni takkan berterusan sampai bila-bila.
Sebab
dalam Lampiran 7 Bajet 2019, ada disebut yang kita hanya ada 2 tahun lagi untuk
dapatkan pelepasan (YA 2019 dan YA 2020).
#3:
Pelepasan untuk pembayaran Takaful atau Insuran Hayat (Life Insurance)
Sebelum
ni, pelepasan cukai untuk sumbangan kepada KWSP dan pembayaran Takaful dan
insuran hayat digabungkan.
Kalau
gaji korang RM4,600 sebulan dan menyumbang 11% daripada gaji kepada KWSP,
korang takkan dapat sebarang pengecualian cukai daripada premium Takaful atau
insuran hayat yang dibayar.
Berkuatkuasa
untuk YA2019, pelepasan cukai untuk sumbangan KWSP kini dipisahkan daripada
pembayaran premium Takaful dan insuran hayat.
Pelepasan
cukai sehingga RM4,000 akan diberikan kat korang yang
menyumbang kepada KWSP. Tambahan pula, pembayaran premium
Takaful dan insuran hayat akan dapat pelepasan cukai sehingga RM3,000.
P/S: Untuk
pekerja swasta, pemilik bisnes, freelancer, penjawat awam, dan pemilik tunggal
(sole proprietor), korang boleh memaksimakan pelepasan cukai dengan mendapatkan
Takaful atau insuran hayat.
Untuk
penjawat awam di bawah skim pencen pula, pelepasan cukai tetap digabungkan
seperti sediakala dan pelepasan maksimum adalah sebanyak RM7,000.
#4:
Pelepasan untuk PRS (Private Retirement Scheme) atau premium anuiti
Pelepasan
cukai sebanyak RM3,000 diberikan kepada setiap sumbangan ke
PRS, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ini terpakai pada
YA2021 juga ya.
#5:
Pelepasan untuk kos perubatan ibu bapa
Untuk
ini pula, korang boleh dapatkan pelepasan sehingga RM5,000 untuk kedua
ibu bapa, atau RM1,500 untuk seorang bapa dan RM1,500
untuk seorang ibu (berjumlah RM3,000).
Perbelanjaan
perubatan yang layak mendapat potongan adalah:
- Perbelanjaan
kos perubatan untuk ibu bapa yang didiagnosis dengan penyakit atau
ketidakupayaan mental dan fizikal,
- Perbelanjaan
perubatan yang disediakan oleh rumah penjagaan orang tua (nursery home),
- Rawatan
gigi (terhad kepada pengestrakan gigi, pengisian (filling),
penskalaan, dan pembersihan dan ini tak termasuk dengan rawatan pergigian
kosmetik),
- Perbelanjaan
keperluan khas (seperti pemakanan dan lampin pakai buang).
#6:
Pelepasan untuk pendidikan atau faedah perubatan (walaupun bukan melalui
potongan gaji)
Yang
ini, korang akan dapat pelepasan sehingga RM3,000. Jadi, siapa
yang tak buat, rugi la korang.
#7:
Pelepasan untuk setiap anak yang belum berkahwin (berusia 18 tahun ke atas)
yang belajar sepenuh masa
Kalau
anak korang tengah belajar untuk ’A-Level,’ sijil, matrikulasi, atau kursus
persiapan (preparatory courses), korang layak dapatkan pelepasan
sebanyak maksimum RM2,000 untuk setiap seorang.
Bukan
setakat itu saja, korang juga boleh dapat pelepasan sebanyak maksimum
RM8,000 untuk:
- Anak
yang sambung pelajaran ke peringkat Diploma atau lebih tinggi (tidak
termasuk matrikulasi dan kursus persiapan),
- Anak
yang sambung pelajaran kel luar negara untuk peringkatIjazah, Master,
atau Doctorate (Phd).
P/S: Ini
tertakluk hanya untuk institusi pengajian atau badan profesional yang dapat
kelulusan daripada Menteri Kewangan sahaja.
#8:
Pelepasan untuk pembelian barangan susuan anak (breastfeeding equipment)
Untuk
para ibu pula, korang boleh dapat pelepasan cukai sehingga
RM1,000.
#9:
Pelepasan untuk kos penjagaan anak (penghantaran ke pusat penjagaan kanak-kanak
atau tadika)
Ya, ini
pun ada. Yang dah jadi mak ayah tu, boleh tumpang gembira. Korang boleh
dapatkan pelepasan sebanyak maksimum RM1,000.
—
Buat
korang yang bayar semua perkara di atas, dah boleh mula untuk buat kira-kira
untuk dapatkan pelepasan cukai 2019 ya.
Kerajaan
dah buat mekanisma ni untuk kemudahan korang. Kalau tanya Bro, rugi la kalau
korang tak manfaatkan perkara ini.
Jadi,
simpan semua resit pembayaran dan bila ada masa terluang, kumpulkan dan
sediakan diri untuk nikmati pelepasan cukai ini. Bro harap, perkongsian ini
membantu.
P/S: Mohon
SHARE perkongsian bermanfaat ini supaya lebih ramai tahu ilmu berharga
ini.
Jangan lupa LIKE & SHARE

Comments
Post a Comment