Jangan Tertipu! Kenali 4 scam pelaburan popular di Malaysia ini
- Get link
- X
- Other Apps

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain emas, skim penipuan yang hangat di Malaysia termasuklah pelaburan mata wang digital, forex dan skim cepat kaya yang masih lagi menular.

© kritchanut | 123rf
Sebab utama kita melabur adalah untuk memperbaiki kewangan. Namun, ramai yang kurang bernasib baik dan terjebak pula dengan penipuan pelaburan. Apabila ini berlaku, usahkan dapat buat duit lebih, malah rugi pulak.
Bagi yang tidak tahu betapa rancaknya penipuan pelaburan di Malaysia, pada tahun 2019 sahaja, seramai 974,301 individu mengalami kerugian mencecah RM3.8 billion disebabkan skim-skim penipuan ni.
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Sebenarnya, di Malaysia ada undang-undang pengawalan aktiviti pelaburan, malah turut dipantau oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tetapi penipuan kewangan tetap tumbuh macam cendawan lepas hujan.
Jadi bagi yang baru nak berjinak dengan dunia pelaburan, ketahui jenis-jenis penipuan pelaburan yang popular di Malaysia berikut dan cara mengelak daripada ditipu:
1. Pelaburan matawang digital

© Elnur Amikishiyev | 123rf
Bitcoin adalah mata wang digital yang boleh dijadikan aset dan digunakan untuk pembayaran di dunia nyata. Berbeza dengan wang ringgit di mana pengeluarannya dikawal dan diselia sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bitcoin bersifat tidak terpusat. Pengeluarannya tidak dikawal oleh mana-mana pihak berkuasa.
Disebabkan bitcoin boleh digunakan untuk transaksi di dunia nyata, ramai yang mula menjadikannya sebagai aset pelaburan. Di sinilah golongan tamak mula muncul dengan tipu muslihat mereka.
Antara taktik mereka yang paling berkesan ialah skim ponzi bitcoin. Modal penipuan selalunya menggunakan sistem ahli bawahan (downline).

Pelabur mesti merekrut ahli baru untuk turut menyertai skim ini bagi menggandakan keuntungan. Bukan tu sahaja, taktik ini juga selalunya menjanjikan penambahan jumlah bitcoin tanpa perlu melabur duit. Persoalannya, macam nak dapat pulangan kalau tak melabur?
Tak cukup dengan tu, bagi menampakkan seolah-olah syarikat pelaburan itu sah, penipu selalunya akan membayar selebriti untuk menjadi duta dan menaja program mereka.
Contohnya pada September 2019, ada satu kes di mana 10 orang artis tanah air ditipu hidup-hidup. Kebanyakan artis ni diminta untuk meyakinkan kenalan mereka masuk melabur sekali kalau nak menerima komisyen yang lebih tinggi. Selepas semua duit berjaya dikumpul, penipu tersebut terus menghilangkan diri.
2. Scam pelaburan emas
Alasan utama skim pelaburan emas menjadi pilihan utama rakyat Malaysia adalah emas merupakan aset pelaburan yang paling stabil dan tidak akan rugi walaupun negara berhadapan dengan krisis mata wang.
Macam mana nak tahu yang kita dah ditipu dengan pelaburan jenis ni? Kaedah penipuan paling senang: penjualan emas palsu. Contohnya skim ZenithGold (ZG) yang langsung tak mempunyai certified metal assayer signature pun.
Related Stories
Cuba 5 tips pengurusan kewangan ini jika anda berusia 18 hingga 30
3. Forex & Copytrade

© Denis Ismagilov | 123rf
Forex adalah singkatan perkataan foreign exchange.Pelabur mendapat keuntungan melalui forex tradingatau aktiviti membeli mata wang.
Contohnya, katakan anda ke money changer untuk menukar duit Ringgit ke USD. Kadar pertukaran mata wang pada waktu itu adalah RM4.00 bagi USD1.00. Jadi anda membayar RM400 untuk memperolehi USD100.
Beberapa bulan lepas, nilai Ringgit kita mencecah RM4.20 bagi USD1.00. Jadi kalau anda pergi menukar USD100, dapatlah RM420 balik. Anda untung RM20. Senang, bukan?
Selalunya, aktiviti membeli mata wang ini dijalankan secara online melalui platform trading seperti CopyTrade. Dan disebabkan pasaran forex ini aktif 24 jam sehari, kita perlukan broker forex iaitu syarikat pelaburan untuk mengendalikan aktiviti trading (beli atau jual duit) kita. Broker forex ini selalunya akan memberi nasihat bila waktu yang sesuai untuk buat pelaburan. Di sinilah penipuan boleh berlaku.
Caranya senang. Katakan ada 10 orang pelabur yang menggunakan khidmat broker itu dan setiap pelabur perlu membayar RM100 seminggu. Pelabur ni dibahagikan kepada dua kumpulan (Kumpulan A dan B).
Selepas itu, broker ini akan memberitahu Kumpulan A, berdasarkan analisis pasaran dia, pasaran forex akan meningkat (bull market), jadi kena beli. Dengan Kumpulan B pulak, dia akan menasihati bahawa pasaran forex akan menurun (bear market), jadi kena jual.
Tengok-tengok, pasaran menurun dan Kumpulan B untung manakala Kumpulan A mengalami kerugian dan tidak lagi mahu menggunakan servis broker ini. Namun scammer ini tidak rugi sebab dia sudah menerima bayaran servis RM1,000 dari kedua-dua kumpulan ni.
Penipuan dia tidak terhenti di situ. Disebabkan Kumpulan B memperolehi keuntungan dan makin percaya pada broker ini, dia akan menyakinkan ahli kumpulan tersebut untuk menarik lebih ramai kenalan atau ahli keluarga untuk menggunakan servis brokernya. Ahli-ahli baru tersebut digunakan untuk menggantikan ahli Kumpulan A yang telah keluar. Begitulah kitarannya.
Sebenarnya, sudah banyak kes di mana broker forex menipu duit pelabur dengan memberi nasihat yang tidak boleh dipakai atau menjanjikan pulangan berkali ganda. Namun, setelah pelabur mendeposit duit dan mengalami kerugian, broker tersebut menghilangkan diri.
Contohnya pada Mei 2018, seorang penipu bergelar Datuk yang memiliki syarikat forex GWGFX berjaya dicekup setelah menipu sebanyak RM13.9 juta. Sebanyak 23 laporan polis telah dibuat terhadapnya oleh trader tempatan.
4. Skim cepat kaya
Skim ni selalunya memangsa golongan bawahan termasuk warga emas. Penipu skim cepat kaya selalunya jenis manis mulut.
Cara penipuan adalah dengan menggunakan kaedah Multi-level Marketing (MLM) atau skim piramid. Taktik penipuan yang dijalankan masih lagi sama iaitu kadar pulangan yang tinggi dengan pelaburan yang kecil.
Pulangan yang dijanjikan tu sebenarnya duit pelabur baru dan bukannya keuntungan dari pelaburan sebab sebenarnya tidak wujud aktiviti pelaburan. Apabila tipu muslihat hampir terbongkar, atau skim piramid tersebut nak runtuh sebab ramai ahli berhenti atas alasan kekurangan duit atau tidak dapat untung, penipu akan mengaut semua duit yang ada dan melarikan diri.
Buktinya, pada Mei 2019, seorang suri rumah dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM34,892 setelah mengeluarkan duit simpanan KWSP untuk tujuan pelaburan. Suri rumah tersebut terpedaya dengan iklan pelaburan sebanyak RM500 bagi keuntungan sebanyak RM6,300 dalam masa 3 hari. Yang paling mengejutkan, wanita tersebut tidak tahu pun jenis pelaburan yang ditawarkan.
Macam mana anda boleh kenalpasti scam-scam ini?

© primagefactory | 123rf
Bagi mengelakkan diri anda daripada terjebak dengan skim penipuan yang boleh memberi kesan besar kepada kewangan anda, di sini kami senaraikan 5 cara untuk mengenal pasti penipu yang wujud di Malaysia.
1. Tidak mempunyai lesen dari (BNM)
Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act atau FSA 2013), adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana individu untuk menerima deposit tanpa lesen.
Jangan salah faham. Walaupun pengeluaran wang bitcoin tidak dikawal oleh BNM, syarikat pelaburan wang digital masih memerlukan lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaannya.
Sekiranya anda ragu sama ada sesebuah syarikat itu berdaftar dan mempunyai lesen atau tidak, laporkan terus ke BNM:
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia)
1-300-88-5465 atau
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Comments
Post a Comment